Followers

Tuesday, June 7, 2011

Jangan Menangis Ditinggalkan

Jangan hadir dalam hidup seseorang kalau ia hanya akan menghancurkan perasaannya 

Jangan menatap matanya jika semua yang kamu lakukan hanya kepalsuan belaka

Perkara yang paling kejam kamu lakukan adalah jika membiarkan seseorang jatuh cinta sedangkan kamu tidak mencintainya  

Suatu hari, seseorang yang sedang putus cinta sedang menangis di taman, datang seorang ahli falsafah bertanya kepadanya "kenapa kamu menangis ? "

"Aku sangat sedih, kenapa dia tinggalkan aku" 

Lalu ahli falsafah itu ketawa sambil berkata "kamu ini sangat bodoh!"

Lalu orang itu menjawab, "kenapa berkata begitu? aku sedang putus cinta dan sudah cukup menyedihkan, tak apalah kamu tidak mahu memujuk tetapi jangan la mentertawakanku".

"Bodoh, kamu tidak perlu sedih, kerana seharusnya sedih adalah dia" Kata ahli falsafah 

"Kenapa pula dia harus bersedih, sedangkan dia yang meninggalkan ku? "

"Kamu hanya kehilanggan orang yang TIDAK mencintai kamu, tetapi dia telah kehilangan orang yang SANGAT mencintainya," jawab ahli falsafah itu.



Jangan tertarik kepada seseorang kerana parasnya sebab keelokan paras akan menyesatkan. Jangan pula tertarik dengan kekayaannya kerana kekayaan dapat memusnahkan. Tertariklah seseorang yang dapat membuatmu tersenyum. Hanya senyuman yang dapat membuat hari-harimu yang gelap menjadi cerah...



3 comments:

  1. mmg sedih biler ditingglkn...tp mcm mner nk hlgkn kesedihn tu n melupkn semuanyer......

    ReplyDelete
  2. klu btul dia jodoh kita, insyaallah satu hari nti Allah akan ketemukan dia dgn kita semula, but percaya lah, semua yg berlaku ada hikmahnya..dia xkan tgglkan kita klu dia syg kita, so x perlu nak menangis utk org seperti itu, biarkan n relakan pemergiaan dia, just bnykkn doa spy Allah berikan kebahagiaan yg sbnr tuk kita.. ;)

    ReplyDelete