Followers

Friday, October 28, 2011

Bila Perempuan Menangis


Saja je nak kongsi info ni pada anda semua .. 
terutama pada kaum adam di luar sana, baca dan fahami ok ;)


Pernahkan anda tertanya-tanya kenapa seorang perempuan menangis hanya kerana seorang lelaki? Mungkin sebab anda sudah terbiasa dengan auta bahawa perempuan memang suka menangis...

Seorang perempuan takkan menangis dengan mudah, tetapi hanya apabila dia mula menyintai anda, dia mula merendahkan egonya untuk anda semata-mata kerana anda.
... ...
Apabila dia menangis di hadapan anda,
Apabila dia menangis kerana anda,
Pandanglah matanya,
Bolehkan anda rasakan apa yang dia rasa?
Pernahkah anda CUBA untuk memahami apa yang dia rasa?
Fikirkan…
Berbaloikah dia menangis,
Dihadapan anda,
Hanya kerana anda?

Dia menangis bukan kerana dia lemah,
Dia menangis bukan kerana dia kasihan atau simpati,
Dia menangis,
Kerana dia tidak lagi mampu untuk menangis didalam hati,
Kesedihan yang dirasainya menjadi semakin berat untuk disimpan.

Guys,
Cuba ambil masa untuk berfikir,
Jika si dia menangis hanya kerana anda,
Mungkin sudah tiba masanya anda fikir kembali di mana silap anda,
Kerana hanya anda tahu jawapannya.

Fikirkan,
Kerana suatu hari nanti,
Ianya mungkin terlalu lambat untuk menyesal,
Atau terlalu lambat untuk mengucapkan “maafkan saya…”

Guys, kalau seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda membiarkan dia menangis keseorangan. Beradalah disisi dia, menemani dia, kerana dialah yang akan setia dengan anda sehingga akhir hayat anda.

Guys, kalau seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda meninggalkan dia selagi dia masih memerlukan anda. Kerana anda akan merosakkan hidup dia.

Guys, jangan pernah mengungkapkan rasa cinta anda kepada seorang perempuan selagi anda belum benar-benar yakin dan sedia untuk bercinta. Kerana anda hanya akan membuatkan si dia menangis dan sengsara...Mudah bagi seorang perempuan untuk berpura-pura melupakan cinta lamanya terutama cinta pertama, tetapi bukan mudah untuk membuang parut dalam jiwanya...





Tuesday, October 18, 2011

Hilangkan rasa bosan

Assalamualaikum 

mesti korang selalu rasa mengantok asal diberi tugasan kerja kan or kdg2 bosan kt tempat keje tu mesti nak menguap jer..so jom ikuti tips2 yang agak2 boleh hilangkan rasa mengantok anda.. 
ada 11 tips yg boleh anda try .. so jom cuba !!


LANGKAH 1
buat gaya ala-ala taichi sikit…permulaan untuk memanaskan badan.

LANGKAH 2
ikot camni pulak..joget, ewahh..ewahh~ untuk melegakan bahu dan leher anda.

LANGKAH 3
iyahh..iyahh..tadaaa!

LANGKAH 4
lepas tu, pusing tangan anda dan gerak ke kanan kemudian ke kiri.
 
LANGKAH 5
buat gerakan tangan dan badan…buat macam gembira melampau.

LANGKAH 6
kemudian goyang-goyangkan kaki dan badan sket…vibrate seperti ada handphone dlm poket!

LANGKAH 7
lakukan secara agresif pula… lantakkan aje apa orang lain nk kata.

LANGKAH 8
hilangkan semua tekanan…katakan "go away..go!"

LANGKAH 9
pusingkan kepala dengan sopan.

LANGKAH 10
tengok muka kat cermin sambil goyang2.. style tak agak2..

LANGKAH 11
  akhir sekali..buat joget kucing kene renjatan elektrik.



ha..cuba jgn tak cuba! berkesan x? ade rase diri comel sekejap tak?
hahaha.

SELAMAT TAK MENGANTOK kawan-kawan! 

THE END

Sunday, October 9, 2011

Luahan Rasa

Awak... 

Andai kate saye tak dapat berjumpe dengan awak lagy lepas ni.
Saye nak awak tolong saye buat sesuatu.
Saye nak awak maafkan saye.

Saye nak awak kuat.
Saye tak nak awak menangis. Awak janji taw dengan saye.
Awak da biase kan hidop tanpe saye di sisi ??
Awak. Jage diri. Jangan selalu kuar malam. Awak tak sehat kan?
Awak kena kuat taw. Happy mcm selalu.
Sebab senyuman awak akan ceriakan semua orang di sekeliling awak.
Bile awak senyum, awak jangan lupe senyum untuk saye sekali.
Awak, awak jangan gatal2 taw. Biar cinte datang cari awak.
Sebab saye tak nak awak kecewa mcm perempuan lain buat kat awak.


Awak,
saye nak awak tahu.
Dekat atau jauh, hidop atau mati.
Hati bukan untuk awak lagi.
Dan saye hanya mampu sayangkan awak je.
Janji dengan saye, jangan lupekan saye.
Sebab saya tak kan mampu untuk lupakan awak.
Saya sayang awak !








Wednesday, August 24, 2011

tazkirah lawak


Pada suatu malam Jumaat yang dingin, duduklah  si suami bersama si isteri dan memberi tazkirah kepada si isteri sebelum menunaikan kewajiban sebagai suami..Kerana, dalam alam rumah tangga, komunikasi dan saling menegur antara satu sama lain amatlah digalakkan.

Suami: Menurut Ulama, kalo kita berhubungan intim 1x pd malam Jumaat (sunnah rasul), bererti kita telah membunuh 40 setan.

Isteri: Macam tu bang, Kalau main 2x bang??...

Suami: Bererti kita membunuh 80 Setan

Isteri: Kalo 3x bang ??? 

Suami: 120 setan 

Isteri : kalau men 4x bang?

Suami: 160 setan

Isteri: Kalau 14x pulak bang ???

Suami: Itu kau nak BUNUH AKU..SETAN!!!....

Tazkirah ini tidak ada kena mengena antara hidup mahupun yang telah meninggal dunia ... hikhikhikhik

Tuesday, August 2, 2011

Salam Ramadhan


Selamat menyambut bulan ramdhan dan
selamat menjalani ibadah puasa kepada semua umat islam di dunia ini.
Semoga tahun ini kita semua mendapat keberkatan dari Allah di hari yang mulia ini.. nantikan saat2 malam lailatulqadar pada 10 malam terakhir krn malam Lailatul-Qadar sunat dicari, kerana malam ini merupakan suatu malam yang diberkati serta mempunyai kelebihan dan diperkenankan doa oleh Allah S.W.T. Malam Lailatul-Qadar adalah sebaik-baik malam mengatasi semua malam termasuk malam Jumaat.
 Malam Lailatul - Qadar lebih baik daripada seribu malam  
 Jangan lupa solat terawih k ;)

Monday, July 4, 2011

Rahsia Kentut ~ Just For Fun !


agak-agaknya korang ada terpikir tak yang kentut jugak boleh mengambarkan rahsia personaliti seseorang .. kalau tak percaya, jom baca jenis2 kentut ni ...

- Orang Tidak Jujur
orang yang kalau kentut lalu menyalahkan orang lain.

- Orang Bingung
orang yang menahan kentutnya sampai berjam-jam.

- Orang Berwawasan 2020
orang yang tahu masa yang terbaik untuk kentut.

- Orang Sengsara
Orang yang ingin kentut tapi tidak boleh kentut.

- Orang Misterius
orang yang kalau kentut, orang lain tidak ada yang tahu.

- Orang Gugup
orang tiba-tiba kentut bila disergah.

- Orang Yang Percaya Diri Sendiri
orang yang melepaskan kentutnya dengan bunyi yang amat lantang.

- Orang Sadis
orang yang kentut di dalam selimut ketika di ranjang terus dikibaskan baunya.

- Orang Pemalu
orang yang kentut tidak bunyi tapi gusar orang terbau 'kentutnya".

- Orang yang Strategik 
orang yang menyembunyikan kentutnya dengan tertawa terbahak-bahak biar orang lain tidak dapat mendengar bunyi kentutnya.

- Orang Bodoh
orang yang kalau habis kentut menghirup nafas untuk mengganti angin kentutnya yang sudah keluar.

- Orang Pelik
orang yang boleh mengeluarkan kentut apabila disuruh.

- Orang Sombong
orang yang sering mencium kentutnya sendiri dan bercerita akan keharuman kentutnya.

- Orang Ramah
orang yang tidak kisah mencium kentut orang lain.

- Orang yang Tidak Senang Bergaul
orang yang suka kentut bila berkumpul dengan teman-teman.

- Orang Akuatik
orang yang gemar dikentutnya di dalam air.

- Orang Atletik
orang yang kalau kentut sambil mengeluarkan tenaga dalam.

- Orang Jujur
orang yang mengaku kalau habis kentut.

- Orang Pintar
orang yang boleh menghurai kandungan bau kentut orang lain seperti bau telur atau buah durian.

- Orang Kelakar
orang yang bila ketawa sambil kentut

- Orang yang Romantik
orang yang kentut bunyinya mendayu dan berirama merdu ketika sedang berdating.

- Orang yang Tidak Sihat
orang yang bila batuk dia akan terkentut.

- Orang yang Panas Baran
orang yang marah bila terbau kentut walaupun kentutnya sendiri.

- Orang yang Pelupa
orang yang tertanya-tanya bila terbau kentut padahal dia sendiri yang kentut ...

HAHAHAHA


agak-agaknya apakah jenis kentut korang .. hahaha just for fun only (jangan marah yeeee)

I love ur hair

Suka sangat tengok artis yang berasal dari AS bernama Taylor Swift ni .. 
i like coz she is so cute n beautiful ! 
paling menarik adalah rambut curly dia, mmg cantik .. muka dia apentah  lagi.. comel jer cam wanita asli, memang menjadi idaman ramai jejaka remaja di luar sana .. dah la cantik, pastu mempunyai suara yang sangat sedap, banyak gak album2 dia n lagu-lagu hitz dia yang sekarang meletop macam gunung berapi jer .. huhuhu

ni antara koleksi picture dia yang aku ada tuk tatapan korang semua


Monday, June 27, 2011

Kenapa? Cinta?

why why why why or kenapa kenapa kenapa ??
itulah persoalan yang sering kita tanya , KENAPA SAYA SAYANG DIA? sometimes kite sendiri pun tak pasti dgn jawapan yang kita berikan .. so camne ni ? 
kenapa nak jgk dengan dia??
Jawapannya ada dalam diri kita sendiri .. 
CINTA ? betul ke "cinta itu buta?" .. 
pasti ramai yang akan cakap "ya betul, cinta memang buta" 
So untuk mengelakkan dari cinta yang buta, korang kenalah celikkan mata dan hati supaya percintaan yang terjalin sekarang diredhai Allah .. AMIN 


Pe yang aku mengarut ni?? 
hahahaha inilah masalahnya kalau dah takde keje, mula la nak merepek bukan2 .. sebenarnya aku dah tak tahu nak tulis pe kat blog ni, so untuk menghilangkan rasa yang bosan gile ni aku karanglah ayat-ayat yang sentimental sikit, padahal ntah pe2 la yang aku mengarut .. 
hahahaha
sekian saja nukilan dari aku yang tak beberapa nak bagus ni .. ngeeee ;)


Tuesday, June 21, 2011

12 Perkara Tentang Cinta

Jom Baca 12 perkara tentang cinta 


mungkin korang semua pernah jatuh cinta,so mari kita baca mengenai cinta .. 

1. Andai kata cinta itu sebuah pengorbanan, mengapa pengorbanan itu bukan nokhtah sebuah cinta? Andai kata derita itu harga sebuah cinta, mengapa cinta itu semakin sukar dimiliki? Cinta seumpama kota kristal indah di penglihatan derita di perasaan.



2. Ada orang pada mulanya malu untuk jatuh cinta tapi bila perasaan menjadi rindu padanya, tiba-tiba perasaan malu itu menjadi hilang dengan sendirinya dan terpaksa menerima kenyataan yang sebenarnya bahawa anda telah jatuh cinta.

3. Gerak geri memberi pengertian kepada perasaan yang tidak terucap oleh kata-kata.

4. Cinta yang di semadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan di kecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada.

5. Cinta yang datang umpama pelangi ceria dengan 7 warna memukau saat bayu berlagu riang, tika itulah cintanya hadir. Apabila mata terlihat seseorg yang bakal mewarnai hidupnya.

6. Cinta bukan paksaan. Ia lahir dari dua perasaan, kehadirannya tidak diundang, perginya tiada yang merelakan kerana ia terlalu sukar untuk dimengertikan.

7. Persahabatan biasanya berakhir dengan percintaan tetapi percintaan tidak pernah berakhir dengan persahabatan.

8. Cinta bukan mengajar kita lemah tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar menghinakan diri tetapi menghembuskan kegagahan. Cintabukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan semangat.

9. Apakah sebenarnya cinta itu? Cuba katakan. Tak lain tak bukan ialah dua jiwa dlm satu fikiran dan dua hati dlm satu debaran.

10. Cetusan cinta pertama merupakan suatu getaran yg sangat menggoncangkan jiwa.

11. Kadangkala kita menyedari betapa dalamnya kita menyintai seseorang, disaat kita sedang kehilangannya. Dan kadangkala kita juga menyedari betapa perlunya cinta seseorg terhadap kita, disaat kita amat memerlukannya.

12. Cinta yang lahir dari pandang pertama adalah cinta suci, manakala perasaan cinta yang lahir dr kemesraan persahabatan adalah cinta sejati. Namun sukar untuk membezakan yg mana lebih abadi, cinta suci atau cinta sejati.


Monday, June 13, 2011

Madah Cinta Mutiara Kata

Kadang-kadang kita terpaksa mencinta seseorang dari kejauhan dan meninggalkannya di tangan Tuhan.

Kita mungkin menangis kerana mencintai orang yang salah, namun satu hal yang pasti, kesalahan dan kesilapan menjadi pengalaman berguna untuk membantu kita mencari orang yang tepat.

Cinta sejati harus di kedua-dua belah pihak. Itulah yang membuatnya begitu sukar untuk diperolehi.

Kadang-kadang kita perlu lari untuk melihat adakah seseorang akan mengejar dan memujuk anda kembali.

Kadang-kadang tertawa bukanlah sesuatu yang dilakukan untuk bersenang-senang. Kadang-kadang ia adalah satu pelarian dari memikirkan terlalu banyak masalah.

Anda mungkin mempunyai semua hal di dunia, tetapi tanpa cinta anda sebenarnya tiada apa-apa.

Jangan membenci orang yang membenci anda. Dan maafkan mereka yang tidak mengerti.

Ucapan selamat tinggal tanpa alasan adalah suatu hal yang paling menyakitkan. Cinta tanpa sebab adalah sesuatu yang paling indah.

Jika anda mendapati diri anda jatuh cinta, jangan jatuh terlalu cepat. Anda mungkin berakhir dengan cinta yang tidak bertahan.

Kita harus dapat memaafkan diri sendiri. Melepaskan apa yang pahit dan terus maju demi masa depan yang lebih baik.

Cinta pertama selalu yang paling manis, tapi luka pertama yang terdalam.

Jika seseorang tidak dapat menerima anda dalam keadaan terburuk, mereka tidak layak mendapat anda dalam keadaan anda yang terbaik.

Diam kadangkala adalah jawapan yang paling baik.


Tuesday, June 7, 2011

Jangan Menangis Ditinggalkan

Jangan hadir dalam hidup seseorang kalau ia hanya akan menghancurkan perasaannya 

Jangan menatap matanya jika semua yang kamu lakukan hanya kepalsuan belaka

Perkara yang paling kejam kamu lakukan adalah jika membiarkan seseorang jatuh cinta sedangkan kamu tidak mencintainya  

Suatu hari, seseorang yang sedang putus cinta sedang menangis di taman, datang seorang ahli falsafah bertanya kepadanya "kenapa kamu menangis ? "

"Aku sangat sedih, kenapa dia tinggalkan aku" 

Lalu ahli falsafah itu ketawa sambil berkata "kamu ini sangat bodoh!"

Lalu orang itu menjawab, "kenapa berkata begitu? aku sedang putus cinta dan sudah cukup menyedihkan, tak apalah kamu tidak mahu memujuk tetapi jangan la mentertawakanku".

"Bodoh, kamu tidak perlu sedih, kerana seharusnya sedih adalah dia" Kata ahli falsafah 

"Kenapa pula dia harus bersedih, sedangkan dia yang meninggalkan ku? "

"Kamu hanya kehilanggan orang yang TIDAK mencintai kamu, tetapi dia telah kehilangan orang yang SANGAT mencintainya," jawab ahli falsafah itu.



Jangan tertarik kepada seseorang kerana parasnya sebab keelokan paras akan menyesatkan. Jangan pula tertarik dengan kekayaannya kerana kekayaan dapat memusnahkan. Tertariklah seseorang yang dapat membuatmu tersenyum. Hanya senyuman yang dapat membuat hari-harimu yang gelap menjadi cerah...



Monday, May 30, 2011

Saat Terakhir

i love this song...
sedih je bla dgr lagu ni, menggambarkan saat seseorang ditinggalkn kekasih ...
baca n fahaminya !

Lirik Lagu ST12 Saat Terakhir Lyrics

tak pernah terpikir olehku
tak sedikit pun ku menyangka
kau akan pergi tinggalkan ku sendiri
begitu sulit ku menyangkal
begitu sakit ku rasakan
kau akan pergi tinggalkan ku sendiri
* di bawah batu nisan kini kau tlah sandarkan
kasih sayang kamu begitu dalam
sungguh ku tak sanggup ini terjadi
karna ku sangat cinta

** ini lah saat terakhirku melihat kamu
jatuh air mataku menangis pilu
hanya mampu ucapkan selamat jalan kasih
satu jam saja ku telah bisa
cintai kamu kamu kamu di hatiku
namun bagiku melupakanmu
butuh waktuku seumur hidup
satu jam saja ku telah bisa
sayangi kamu di hatiku
namun bagiku melupakanmu
butuh waktuku seumur hidup
di nantiku
repeat **

satu jam saja ku telah bisa
cintai kamu kamu kamu di hatiku
namun bagiku melupakanmu
butuh waktuku seumur hidup
satu jam saja ku telah bisa
sayangi kamu di hatiku
namun bagiku melupakanmu
butuh waktuku seumur hidup

SEKIAN ;)

Sunday, May 8, 2011

I Love My Mom


Selamat Hari Ibu kepada semua yg bergelar Ibu..
Selamat Hari Ibu jgk tuk emak yg tercinta.
I LOVE U MOM..FOREVER..
IBU KU ADALAH DUNIA AKHIRAT KU..

Semalam merupakan Hari Ibu dan dikesempatan ni, nk mengucapkan selamat hari ibu kpd wanita2 yg sudah bergelar ibu..8 Mei 2011 merupakan hari yg plg sedih sbb dah wat mak menangis, ni semua gara2 sikap ak yg sentiasa degil n x dgr kata..
"maafkan adik mak, xde niat pun nak sakitkan hati mak, adik syg mak sgt2"..
But pada tarikh 9 Mei 2011, ak dgn adik beradik ku yg ln plan tuk celebrate hari ibu..ni la 1st time ktorg sambut hari ibu, sblm ni just wish jer..mak mmg terperanjat la sbb tiba2 je dpt cake..
mak ckp "hari ni bkn besday mak pun" 
bila tgk tulisan kt kek tu, terus dia terharu..wahhhh best sgt sbb dpt kembalikan balik keceriaan pada mak kesanyangan ku!! 
dikesempatan tu jgk ak mintak maaf atas segala kesalahan yg dah ak bt selama ini.
thanks mom sbb lahirkan anak mak ni ke dunia, 
thanks mom sbb menjaga dan memberi sepenuh kasih syg pada diri ni,
jasa mu tidak dapat ku balas, hanya Allah yg dpt membalas jasa mu,
but ak akn memberikan kebahagiaan dan menjaga mu sehingga akhir hayat ku, 
~ i love u mom ~

ni la cake yg kami beli tuk mak


Tuesday, May 3, 2011

Impian ku ;p

Impian ak ape ekk
urmmm nk kawen?? ish masih lom bersedia lg..calon pun xde lg..camne nk kawen
nk g honeymoon?? owk tidakkkk..masih belom kawen lg..haha

impian ku hanya satu..
inginkan kebahagiaan 
bahagia bersama Keluarga Tercinta ! 
(ak thu korg pun sama kn kn kn ;p)

actually ak teringin nk beli brg2 yg dah lama ak impikan
dari study sampai dah keje pun masih blom berpeluang nk miliki..
dah 2 thn keje pun masih lom blh beli lg..bnyk btul hutang nk kena byr, ni yg ssh klu asyik berhutang je..x leh ke klu bg free je?hahaha 
So mulai skrg, ak kena ada tabung la, beli tabung botol susu (besar ckit...haha), hari2 masukkn duit,
akan ku pesan pada diri ni
"yati pasni hari2 kena menabung, jgn nk membazir je"

Tadaaaa, ni la brg2 yg ak nk beli 





 Walaupun x mahal bg korg tp bg ak yg mmg x pnh nk ckup duit ni terasa mahalnya..asal sampai shop je msti x jd nk beli sbb rasa syg lak duit sbb duit tu ak nk gna tuk benda ln, so tuk beli brg2 branded ni kena tggu dlu...hehehe
but one day, klu ada org yg nk hadiahkan ak brg2 ni, perghhh ak bersyukur sgt2..
akn ku syg dia selamanya..hahaha


ak dah lama berangan nk g bercuti kt Pulau Perhentian..tempat ni cantik sgt, lbh2 pantai dia, air sgt2 jernih sampai leh nmpk ke dlm dasar laut..
harap2 la ada org leh bwk ak g bercuti kt sana nti..hehe..so agak2 sape nk bawak tu, jgn lupa bgthu ak cpt2 k..dgn pantas ak setuju!..hahahaha

K tu je kot nk story pasal impian ak ni..
but klu ada rezeki lebih, ak nk kumpul duit bwk family ak g mengerjakan umrah & haji...
insyaallah



Kadang-Kadang Kita...

sometimes we..


  1. kadang2 kita lupa nk tnya khabar si dia...
  2. kadang2 kita selalu ingat dia tak ingat kita...
  3. kadang2 kita selalu lupa kenangan bersama...
  4. kadang2 kita hanya ingin tahu daripada mengambil tahu...
  5. kadang2 kita hanya pandai berkata daripada melakukannya...
  6. kadang2 kita tak sedar ada org menyanyangi kita...
  7. kadang2 kita x sedar yg kita sakitkan hati kwn kita...
  8. kadang2 kita x sedar yg kita membuatkan seseorang kecewa...
  9. kadang2 kita x sedar yg kita katakan iti kita lakukan...
  10. kadang2 kita x tahu ada yg ambil berat tentang kita...
  11. kadang2 kita x tahu yg dia tak suka kita...
  12. kadang2 kita x tahu pula yg serius itu mmg benar serius..
  13. kadang2 kita x respect pada kwn kita yg bnyk membantu kita...
  14. kadang2 kita akan hanya ingt seseorang klu kita memerlukan...
  15. kadang2 kita akan lupa kwn ketika sedang gembira...
  16. kadang2 kita akan menyalahkan seseorang sekiranya kita ketinggalan sesuatu berita...
  17. kadang2 kita akan menyalahkan org lain walhal kesalahan itu berpunca dari kita...
  18. kadang2 kita akan utamakan yg baru dari yg lama...
  19. kadang2 kita akan tersentap klu si dia menegur kita...
  20. kadang2 kita cakap kita x akan begitu padahal kita lakukan juga...
  21. kadang2 kita cuba melakukan yg terbaik tetapi menyusahkan org lain...
  22. kadang2 kita suka memerhati daripada menegur..
  23. kadang2 kita suka mengharap pertolongan tanpa meluahkannya...
  24. kadang2 kita sentiasa happy padahal kita saja yg tahu...
  25. kadang2 kita sentiasa nampak kesalahan org lain daripada diri kita...
  26. kadang2 kita senang lupa jasa sahabat kita akibat sesuatu pertelingkahan kecil sahaja...
  27. kadang2 kita selalu ingat kita saja yg betul..
  28. kadang2 kita sukar menerima pendapat org lain...
  29. kadang2 kita selalu fikir sesuatu yg serius sbg remeh temeh...

So kadang-kadang korang ada terfikir x yg semua ini mmg terjadi ??
Renungkan... ;p

Monday, May 2, 2011

khas buat mu

Jika suatu hari nti saya biarkan awk pergi bukan sebab tak sayang lg, tp...
1. sbb sy terlalu sayangkan awk
2. sy rasa ada yang lebih baik menanti awk
3. sy cuma nk lihat  awk bahagia bersama dgn dia
4. sy yakin itu yg terbaik utk kita waktu itu
5. sy x sanggup lihat awk kecewa sbb sy  
6. saya lepaskan awk sebab saya tahu hati awk xde pada saya walaupun sy da beri yg terbaik..sy tau awk x sampai hati nk minta pts,,sbb tu saya minta,,saya x nak jd penghalang antara awk dgn dia..pergilah...pergilah dgn iringan air mata n doa saya..
i'm still love u 
7.  yg plg PENTING sy ingin mencari cinta yg hakiki  
"cinta kpd Allah"
Saya harap semoga suatu hari nti awk akan bertemu insan yg lebih baik 
dan boleh memahami awk. 
Jauh lebih baik dari saya...
Saya doakan semoga awk akan bahagia dgn pilihan hati awk..amin...

Dan saya berharap sy juga akan bertemu dgn insan yg ikhlas menerima diri sy seadanya...
"Cintai orang yg cintai Allah, kerana dia yg akan memberikan kebahagiaan kpd kita kelak"