Followers

Tuesday, December 4, 2012

Jom Cuba Pakai ELYSYLE DX LINGERIE



Apakah pakaian dalam anda sesuai Dan cara anda memakainya Dengan betol? sebelum mengenali ELYSYLE DX LINGERIE saya tak pernah mengambil tahu pasal bahagian badan saya dan kurang pendedahan sehinggalah seseorang mengenalkan saya kpd pakaian dalam ELYSYLE DX LINGERIE, dia mengajak saya pergi ke krusus dan dengar ceramah dan barulah saya tahu yang selama ni saya tidak ambik kesah pun pasal benda mcm ni walhal benda mcm ni la yang merosakkan badan kita. kita penat2 keja kt luar tu tp penah tak kita terfikir nk jaga badan kita supaya cantik & sihat. Selepas dari beberapa bulan saya mencuba pakaian dalam ini, hasilnya sgt memuaskan..







Siapa yg taknak mempunyai tubuh badan yang menarik seperti belakang yg rata, punggung pejal, payudara montok, pinggang ramping dan paha yg langsing. Anda juga boleh mencubanya, tak salah melabur sedikit wang utk nampak lebih cantik. Jadilah seorang wanita yang moden yang berkeyakinan, sihat, jelita dan mempunyai daya penarik.




Tadaaaa ni laa hasilnya selepas beberapa bulan sy memakai pakaian dalam  ELYSYLE DX LINGERIE .. dari tembom skang dah slim .. hehe



So kpd sape yg berminat nak try secara percuma boleh bagitahu saya, pasti korang akan rasa teruja dan kagum bila memakainya. Beli atau tidak belakang cite, tiada paksaan ok :)

Wednesday, October 31, 2012

Mungkin terjadi

kadang2 kita tidak menghargai cinta..kenapa?
sebab, kita belum merasai kehilangan dia ..

kadang2 kita rasai cinta dia, tapi masih tidak percaya..kenapa?
sebab, kita selalu fikir negatif tentang dia ..

kadang2 kita tak sedar hati kita betul2 menyanyangi dia, kenapa?
sebab, kita tunjuk ego taknak mengalah ..

hargai org yang sayangkan kita, sebab kita akan mencarinya bila dia tiada di sisi lagi ..




hargai saya sebelum saya benar2 melangkah pergi..sebab bila saya benar2 pergi, saya takkan berpusing kembali :'(



Wednesday, October 24, 2012

My bufday come again


Hari jadi ku telah tiba lagi .. sobb sobb 
tapi takde celebrate macam tahun lepas sebab dia nak simpan duit pegi Krabi beberapa hari selepas hari jadi aku..tapi takpe, tetap happy gak sebab dia hadiahkan cake walaupun kecik tapi tetap bermakna bagiku .. balik dari krabi baru laa dia bawa pegi makan kt KLCC & hadiahkan chocolate..hehe 
tq  bunny & love u 



 with him .. yellow color <3


yeahh dapat cake, tq so much sebab ingat tarikh lahir saya .. weee


 Balik dari KLCC terus dapat chocolate dari dia ... hehe sedap, sekejap je dah habis


Selain dari my bunny, kawan-kawan pun bagi hadiah juga, tq soooo much gorgessss ..dah lama tak dapat hadiah camni .. hehe



hadiah dari gorgesss aien nur farina 


1st time dpt bunga..tq sooo much syaza .. u look so beautiful 

Makan lagi

Cerita pasal makan lagi .. tapi kali ni giliran aku plak belanja my bunny makan .. selalu dia yang belanja, so untuk bagi fair, aku bawa dia makan kat Chili's at Citta Mall .. tak boleh selalu sgt makan kat tempat2 camni, nti tak sampai tgh bulan dah sengkek..dia lain laa memang cop duit .. hehehe




Antara menu yang kitaorang oder..nampak sedap kan



nice pic .. haha sempat lagi




candid pic 

Friday, March 16, 2012

Ketahui cara berjalan anda

Ketahui 7 Sikap Wanita Dengan Melihat Cara Berjalan


hohoiiiiiii ... 
kebanyakkan dari kita mesti tak tahu bahawa cara jalan kita ni mengambarkan sifat seseorang..jom ketahui jenis cara berjalan kita terutamanya bagi perempuan, 
betul ke idak sifat kite cam gitu >.<

1. Kelihatan Seperti Tidak Memijak Tanah

Golongan wanita yang jalannya berginjat, wanita ini kononnya bersifat tidak jujur, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain terutamanya ketika berbual. Dia juga dikatakan terkenal dengan sikap egonya. Dan yang lebih parah, wanita ini biasanya seorang yang boros atau suka membazir tanpa berfikir sebelum berbelanja. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.

2. Sering Menoleh Ke Kanan Dan Kiri

Wanita yang berjalan seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita yang berjalan seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri, dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Kononnya wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.

3. Suka Menunduk

Wanita seperti ini katanya memiliki sifat yang tertutup. Dia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditawan hatinya. Di samping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan percintaan. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hatinya, dijamin lelaki itu akan beroleh kebahagiaan. Ini kerana, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

4. Berjalan Menatap Lurus Ke Depan

Mereka yang berjalan seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, dan bukannya mudah hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meskipun pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jadi tak hairanlah kalau wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang perpengalaman luas.

5. Badan Bergerak ke Kanan dan Kiri

Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian selalunya bersikap tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia menganggap itu sebagai perkara kecil. Walhal masalah itu sebenarnya agak rumit dan memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.

6. Badan Nampak Tegak

Wanita ini tegas dalam menentukan sesuatu. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya selalu serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Dan yang menarik tentang wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa menghilangkan sifat-sifat romantiknya.

7. Berjalan seperti Zirafah

Maksudnya, ketika melangkahkan kaki, badannya kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika berbual dengan wanita seperti ini sedikit sebnayak kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.


Panduan ini bukanlah semata mata hanya berguna untuk lelaki tapi boleh jugak di jadikan peringatan kepada wanita wanita diluar agar berjalan dengan sopan. Macam biasa, tip ini hanya panduan bukan semestinya betul dan setiap individu adalah berlainan. Sekian. Wallahualam.

Wednesday, March 7, 2012

Celebrate bufday Miera

HAPPY BIRTHDAY MIERA 

Hepi bufday cyunk yg ke- 24 (29.02.2012) .. cian kat dia kena baling tepung, habis baju baru beli berlumuran tepung .. takpe bukan selalu dapat kena camni .. ape2 pun masa tu memang happening sgt sebab dah lama tak celebrate bufday dgn kwn2 ... love u guys 
















Friday, February 24, 2012

Comelnya Kami

kan bagus kalau dapat kembali ke zaman kanak-kanak dulu..masa umur baru nak masuk 5 6 tahun,muka kite masa tu comot jew..walaupun nampak comot orang tetap cakap comel biasa laa masa budak2 mmg comel jee..tapi skang ni bila dah meningkat dewasa, comot ckit je orang mesti ckp "eeeiiii pengotor laa dia ni" ..so untuk mengelakkan org mengutuk diri kite, sentiasala berada dalam keadaan yang bersih dan kemas,baru la nampak cun dan hensem .. ngeeee

masa zaman budak-budak dlu takde banyak masalah cam sekarang ni, banyak benda nak kena fikir..pasal duit la, pasal cinta la, pasal keje la, mcam2 lagi r, semua tu memeningkan kepala jew, lama2 otak pun sakit..dah kena tinggal kat tanjung rambutan hospital bahagia..tetapi setiap masalah yang datang tu pasti akan ada jalan penyelesaian, cuma kite kena berusaha tuk cari jln penyelesaian tersebut...



 tadaaaa ce tgk bawah...

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
comel tak KAMI ?? hehehehe


muka kami sepesen jer, senyum nampak gigi.. org ckp muka sepesen ni jodoh kuat..hehe..harap2 laa hubungan kami kekal ke jinjang pelamin..amin
 tak sangka plak boleh ada pic yang hampir sama camni, mungkin tu yg dinamakan jodoh kot..(hehehe yeye jeeee)
.
.
.
.
.
.

Jeng Jeng Jeng .... 20 tahun kemudian ...


bila dah dewasa hilang kecomelan tu, tapi terselah kehenseman dan kecantikan kami kan kan kan >.< 

Dah beso-beso ni baru la pandai posing bergambar..dulu masa kecik suh ambik gambar penakut, malu laa konon, dah beso sampai kamera pun boleh rosak sbb penuh gambar sendiri je..posing bajet mengediksss plak tu..padahal yang mengedik lebih tu aku..hahaha..  

Wednesday, February 15, 2012

Dating with him

Tadaaa .. hari tu aku pegi jalan-jalan dgn si dia (sape lagi klu bukan AZAHARY) .. disebabkan tak tahu nak pegi mana, kitaorang pegilaaa membuang masa dekat Pavilion yang dekat Bukit Bintang tuuu
masa tgh jalan-jalan kat luar Pavilion, tiba-tiba aku nampak berderetan patung yang dilukis dengan pelbagai corak (cantik menarik ko memang debommmm .. hahaha) exited giler masa tu, rasa jakon plak sebab baru dapat sentuh and pegang patung tu secara dekat !! almaklumlaaa sebelum ni memerhati dari jauh..kecian betul..sob sob sob
Memang menarik sangat sebab corak pada setiap patung tu adalah lambang sesebuah negara, hampir seluruh dunia ada..best juga sbb dari sini kita dapat tahu wujudnya negara-negara tak tak pernah aku tahu sebelum ni,nampak sgt geografi aku teruk...ok lupakan pasal itu..hehe
Tanpa membuang masa dan dengan rasa kagum yang tak terkira, aku pun pe lagi posing la bersama-sama dengan patung yang pelbagai rupa tu, rasa cam nak bawak balik pun ada letak depan umah, nanti boleh jadi guard .. seperti biasa bila dah pegi tempat2 camni, rugi tak snap gambar, takde orang lain yg boleh disuruh melainkan aza .. hehe 
"tq awak sbb layan kerenah saya masa tu" love love u 


Comel kan patung-patung ni..ngee


Dia pun nak juga ambik gambar ngan patung ni..weee

 Haha ni kali ke-2 pegi sana..pasni tak pegi daa ckup 2x..

Oooppss kenapa ada gambar ber2 ni ? hehehe

Tuesday, February 14, 2012

I'm Back

Jeng Jeng Jeng !! tadaaaaa .. lama sgt tak update blog ni .. nak cakap bz takde la, tapi lebih kepada malas .. HAHAHA (gelak beso ko jahhh) 

walaupun dah sebulan masuk tahun baru, aku tetap nak wish HAPPY NEW YEAR .. adoii ketinggalan betul laa yati ni .. ngeeee

Tahun baru mesti ada azam baru kan, so azam aku tahun ni agak banyak .. tapi yang pasti aku nak "TERUS BERJAYA" perbaiki diri, jadi lebih baik dari sebelum tahun-tahun sebelumnya .. 




SELAMAT TAHUN 2012



Celebrate New Year With Family

1st time celebrate new year dgn abg & adik ku yg tercinta..selalu bila tiba new year mesti duk umah tgk bunga api dalam televisyen je .. so tahun ni, bawa diorg pegi KLCC tgk bunga api secara live.. walaupun terpaksa meredah jem yg teramat sgt, tapi aku tetap enjoy & happy .. love u all 





satu pic ni je yg ada bunga api..yang lain tak sempat nak ambik sbb buat video >.<


kami tiga beradik yg sangat cantik dan hensem .. weee

haha ni pun termasuk jgk laa, best friend abg ..