Followers

Monday, June 27, 2011

Kenapa? Cinta?

why why why why or kenapa kenapa kenapa ??
itulah persoalan yang sering kita tanya , KENAPA SAYA SAYANG DIA? sometimes kite sendiri pun tak pasti dgn jawapan yang kita berikan .. so camne ni ? 
kenapa nak jgk dengan dia??
Jawapannya ada dalam diri kita sendiri .. 
CINTA ? betul ke "cinta itu buta?" .. 
pasti ramai yang akan cakap "ya betul, cinta memang buta" 
So untuk mengelakkan dari cinta yang buta, korang kenalah celikkan mata dan hati supaya percintaan yang terjalin sekarang diredhai Allah .. AMIN 


Pe yang aku mengarut ni?? 
hahahaha inilah masalahnya kalau dah takde keje, mula la nak merepek bukan2 .. sebenarnya aku dah tak tahu nak tulis pe kat blog ni, so untuk menghilangkan rasa yang bosan gile ni aku karanglah ayat-ayat yang sentimental sikit, padahal ntah pe2 la yang aku mengarut .. 
hahahaha
sekian saja nukilan dari aku yang tak beberapa nak bagus ni .. ngeeee ;)


Tuesday, June 21, 2011

12 Perkara Tentang Cinta

Jom Baca 12 perkara tentang cinta 


mungkin korang semua pernah jatuh cinta,so mari kita baca mengenai cinta .. 

1. Andai kata cinta itu sebuah pengorbanan, mengapa pengorbanan itu bukan nokhtah sebuah cinta? Andai kata derita itu harga sebuah cinta, mengapa cinta itu semakin sukar dimiliki? Cinta seumpama kota kristal indah di penglihatan derita di perasaan.



2. Ada orang pada mulanya malu untuk jatuh cinta tapi bila perasaan menjadi rindu padanya, tiba-tiba perasaan malu itu menjadi hilang dengan sendirinya dan terpaksa menerima kenyataan yang sebenarnya bahawa anda telah jatuh cinta.

3. Gerak geri memberi pengertian kepada perasaan yang tidak terucap oleh kata-kata.

4. Cinta yang di semadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan di kecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada.

5. Cinta yang datang umpama pelangi ceria dengan 7 warna memukau saat bayu berlagu riang, tika itulah cintanya hadir. Apabila mata terlihat seseorg yang bakal mewarnai hidupnya.

6. Cinta bukan paksaan. Ia lahir dari dua perasaan, kehadirannya tidak diundang, perginya tiada yang merelakan kerana ia terlalu sukar untuk dimengertikan.

7. Persahabatan biasanya berakhir dengan percintaan tetapi percintaan tidak pernah berakhir dengan persahabatan.

8. Cinta bukan mengajar kita lemah tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar menghinakan diri tetapi menghembuskan kegagahan. Cintabukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan semangat.

9. Apakah sebenarnya cinta itu? Cuba katakan. Tak lain tak bukan ialah dua jiwa dlm satu fikiran dan dua hati dlm satu debaran.

10. Cetusan cinta pertama merupakan suatu getaran yg sangat menggoncangkan jiwa.

11. Kadangkala kita menyedari betapa dalamnya kita menyintai seseorang, disaat kita sedang kehilangannya. Dan kadangkala kita juga menyedari betapa perlunya cinta seseorg terhadap kita, disaat kita amat memerlukannya.

12. Cinta yang lahir dari pandang pertama adalah cinta suci, manakala perasaan cinta yang lahir dr kemesraan persahabatan adalah cinta sejati. Namun sukar untuk membezakan yg mana lebih abadi, cinta suci atau cinta sejati.


Monday, June 13, 2011

Madah Cinta Mutiara Kata

Kadang-kadang kita terpaksa mencinta seseorang dari kejauhan dan meninggalkannya di tangan Tuhan.

Kita mungkin menangis kerana mencintai orang yang salah, namun satu hal yang pasti, kesalahan dan kesilapan menjadi pengalaman berguna untuk membantu kita mencari orang yang tepat.

Cinta sejati harus di kedua-dua belah pihak. Itulah yang membuatnya begitu sukar untuk diperolehi.

Kadang-kadang kita perlu lari untuk melihat adakah seseorang akan mengejar dan memujuk anda kembali.

Kadang-kadang tertawa bukanlah sesuatu yang dilakukan untuk bersenang-senang. Kadang-kadang ia adalah satu pelarian dari memikirkan terlalu banyak masalah.

Anda mungkin mempunyai semua hal di dunia, tetapi tanpa cinta anda sebenarnya tiada apa-apa.

Jangan membenci orang yang membenci anda. Dan maafkan mereka yang tidak mengerti.

Ucapan selamat tinggal tanpa alasan adalah suatu hal yang paling menyakitkan. Cinta tanpa sebab adalah sesuatu yang paling indah.

Jika anda mendapati diri anda jatuh cinta, jangan jatuh terlalu cepat. Anda mungkin berakhir dengan cinta yang tidak bertahan.

Kita harus dapat memaafkan diri sendiri. Melepaskan apa yang pahit dan terus maju demi masa depan yang lebih baik.

Cinta pertama selalu yang paling manis, tapi luka pertama yang terdalam.

Jika seseorang tidak dapat menerima anda dalam keadaan terburuk, mereka tidak layak mendapat anda dalam keadaan anda yang terbaik.

Diam kadangkala adalah jawapan yang paling baik.


Tuesday, June 7, 2011

Jangan Menangis Ditinggalkan

Jangan hadir dalam hidup seseorang kalau ia hanya akan menghancurkan perasaannya 

Jangan menatap matanya jika semua yang kamu lakukan hanya kepalsuan belaka

Perkara yang paling kejam kamu lakukan adalah jika membiarkan seseorang jatuh cinta sedangkan kamu tidak mencintainya  

Suatu hari, seseorang yang sedang putus cinta sedang menangis di taman, datang seorang ahli falsafah bertanya kepadanya "kenapa kamu menangis ? "

"Aku sangat sedih, kenapa dia tinggalkan aku" 

Lalu ahli falsafah itu ketawa sambil berkata "kamu ini sangat bodoh!"

Lalu orang itu menjawab, "kenapa berkata begitu? aku sedang putus cinta dan sudah cukup menyedihkan, tak apalah kamu tidak mahu memujuk tetapi jangan la mentertawakanku".

"Bodoh, kamu tidak perlu sedih, kerana seharusnya sedih adalah dia" Kata ahli falsafah 

"Kenapa pula dia harus bersedih, sedangkan dia yang meninggalkan ku? "

"Kamu hanya kehilanggan orang yang TIDAK mencintai kamu, tetapi dia telah kehilangan orang yang SANGAT mencintainya," jawab ahli falsafah itu.



Jangan tertarik kepada seseorang kerana parasnya sebab keelokan paras akan menyesatkan. Jangan pula tertarik dengan kekayaannya kerana kekayaan dapat memusnahkan. Tertariklah seseorang yang dapat membuatmu tersenyum. Hanya senyuman yang dapat membuat hari-harimu yang gelap menjadi cerah...