Followers

Monday, June 27, 2011

Kenapa? Cinta?

why why why why or kenapa kenapa kenapa ??
itulah persoalan yang sering kita tanya , KENAPA SAYA SAYANG DIA? sometimes kite sendiri pun tak pasti dgn jawapan yang kita berikan .. so camne ni ? 
kenapa nak jgk dengan dia??
Jawapannya ada dalam diri kita sendiri .. 
CINTA ? betul ke "cinta itu buta?" .. 
pasti ramai yang akan cakap "ya betul, cinta memang buta" 
So untuk mengelakkan dari cinta yang buta, korang kenalah celikkan mata dan hati supaya percintaan yang terjalin sekarang diredhai Allah .. AMIN 


Pe yang aku mengarut ni?? 
hahahaha inilah masalahnya kalau dah takde keje, mula la nak merepek bukan2 .. sebenarnya aku dah tak tahu nak tulis pe kat blog ni, so untuk menghilangkan rasa yang bosan gile ni aku karanglah ayat-ayat yang sentimental sikit, padahal ntah pe2 la yang aku mengarut .. 
hahahaha
sekian saja nukilan dari aku yang tak beberapa nak bagus ni .. ngeeee ;)


Tuesday, June 21, 2011

12 Perkara Tentang Cinta

Jom Baca 12 perkara tentang cinta 


mungkin korang semua pernah jatuh cinta,so mari kita baca mengenai cinta .. 

1. Andai kata cinta itu sebuah pengorbanan, mengapa pengorbanan itu bukan nokhtah sebuah cinta? Andai kata derita itu harga sebuah cinta, mengapa cinta itu semakin sukar dimiliki? Cinta seumpama kota kristal indah di penglihatan derita di perasaan.



2. Ada orang pada mulanya malu untuk jatuh cinta tapi bila perasaan menjadi rindu padanya, tiba-tiba perasaan malu itu menjadi hilang dengan sendirinya dan terpaksa menerima kenyataan yang sebenarnya bahawa anda telah jatuh cinta.

3. Gerak geri memberi pengertian kepada perasaan yang tidak terucap oleh kata-kata.

4. Cinta yang di semadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan di kecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada.

5. Cinta yang datang umpama pelangi ceria dengan 7 warna memukau saat bayu berlagu riang, tika itulah cintanya hadir. Apabila mata terlihat seseorg yang bakal mewarnai hidupnya.

6. Cinta bukan paksaan. Ia lahir dari dua perasaan, kehadirannya tidak diundang, perginya tiada yang merelakan kerana ia terlalu sukar untuk dimengertikan.

7. Persahabatan biasanya berakhir dengan percintaan tetapi percintaan tidak pernah berakhir dengan persahabatan.

8. Cinta bukan mengajar kita lemah tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar menghinakan diri tetapi menghembuskan kegagahan. Cintabukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan semangat.

9. Apakah sebenarnya cinta itu? Cuba katakan. Tak lain tak bukan ialah dua jiwa dlm satu fikiran dan dua hati dlm satu debaran.

10. Cetusan cinta pertama merupakan suatu getaran yg sangat menggoncangkan jiwa.

11. Kadangkala kita menyedari betapa dalamnya kita menyintai seseorang, disaat kita sedang kehilangannya. Dan kadangkala kita juga menyedari betapa perlunya cinta seseorg terhadap kita, disaat kita amat memerlukannya.

12. Cinta yang lahir dari pandang pertama adalah cinta suci, manakala perasaan cinta yang lahir dr kemesraan persahabatan adalah cinta sejati. Namun sukar untuk membezakan yg mana lebih abadi, cinta suci atau cinta sejati.


Monday, June 13, 2011

Madah Cinta Mutiara Kata

Kadang-kadang kita terpaksa mencinta seseorang dari kejauhan dan meninggalkannya di tangan Tuhan.

Kita mungkin menangis kerana mencintai orang yang salah, namun satu hal yang pasti, kesalahan dan kesilapan menjadi pengalaman berguna untuk membantu kita mencari orang yang tepat.

Cinta sejati harus di kedua-dua belah pihak. Itulah yang membuatnya begitu sukar untuk diperolehi.

Kadang-kadang kita perlu lari untuk melihat adakah seseorang akan mengejar dan memujuk anda kembali.

Kadang-kadang tertawa bukanlah sesuatu yang dilakukan untuk bersenang-senang. Kadang-kadang ia adalah satu pelarian dari memikirkan terlalu banyak masalah.

Anda mungkin mempunyai semua hal di dunia, tetapi tanpa cinta anda sebenarnya tiada apa-apa.

Jangan membenci orang yang membenci anda. Dan maafkan mereka yang tidak mengerti.

Ucapan selamat tinggal tanpa alasan adalah suatu hal yang paling menyakitkan. Cinta tanpa sebab adalah sesuatu yang paling indah.

Jika anda mendapati diri anda jatuh cinta, jangan jatuh terlalu cepat. Anda mungkin berakhir dengan cinta yang tidak bertahan.

Kita harus dapat memaafkan diri sendiri. Melepaskan apa yang pahit dan terus maju demi masa depan yang lebih baik.

Cinta pertama selalu yang paling manis, tapi luka pertama yang terdalam.

Jika seseorang tidak dapat menerima anda dalam keadaan terburuk, mereka tidak layak mendapat anda dalam keadaan anda yang terbaik.

Diam kadangkala adalah jawapan yang paling baik.


Tuesday, June 7, 2011

Jangan Menangis Ditinggalkan

Jangan hadir dalam hidup seseorang kalau ia hanya akan menghancurkan perasaannya 

Jangan menatap matanya jika semua yang kamu lakukan hanya kepalsuan belaka

Perkara yang paling kejam kamu lakukan adalah jika membiarkan seseorang jatuh cinta sedangkan kamu tidak mencintainya  

Suatu hari, seseorang yang sedang putus cinta sedang menangis di taman, datang seorang ahli falsafah bertanya kepadanya "kenapa kamu menangis ? "

"Aku sangat sedih, kenapa dia tinggalkan aku" 

Lalu ahli falsafah itu ketawa sambil berkata "kamu ini sangat bodoh!"

Lalu orang itu menjawab, "kenapa berkata begitu? aku sedang putus cinta dan sudah cukup menyedihkan, tak apalah kamu tidak mahu memujuk tetapi jangan la mentertawakanku".

"Bodoh, kamu tidak perlu sedih, kerana seharusnya sedih adalah dia" Kata ahli falsafah 

"Kenapa pula dia harus bersedih, sedangkan dia yang meninggalkan ku? "

"Kamu hanya kehilanggan orang yang TIDAK mencintai kamu, tetapi dia telah kehilangan orang yang SANGAT mencintainya," jawab ahli falsafah itu.



Jangan tertarik kepada seseorang kerana parasnya sebab keelokan paras akan menyesatkan. Jangan pula tertarik dengan kekayaannya kerana kekayaan dapat memusnahkan. Tertariklah seseorang yang dapat membuatmu tersenyum. Hanya senyuman yang dapat membuat hari-harimu yang gelap menjadi cerah...



Monday, May 30, 2011

Saat Terakhir

i love this song...
sedih je bla dgr lagu ni, menggambarkan saat seseorang ditinggalkn kekasih ...
baca n fahaminya !

Lirik Lagu ST12 Saat Terakhir Lyrics

tak pernah terpikir olehku
tak sedikit pun ku menyangka
kau akan pergi tinggalkan ku sendiri
begitu sulit ku menyangkal
begitu sakit ku rasakan
kau akan pergi tinggalkan ku sendiri
* di bawah batu nisan kini kau tlah sandarkan
kasih sayang kamu begitu dalam
sungguh ku tak sanggup ini terjadi
karna ku sangat cinta

** ini lah saat terakhirku melihat kamu
jatuh air mataku menangis pilu
hanya mampu ucapkan selamat jalan kasih
satu jam saja ku telah bisa
cintai kamu kamu kamu di hatiku
namun bagiku melupakanmu
butuh waktuku seumur hidup
satu jam saja ku telah bisa
sayangi kamu di hatiku
namun bagiku melupakanmu
butuh waktuku seumur hidup
di nantiku
repeat **

satu jam saja ku telah bisa
cintai kamu kamu kamu di hatiku
namun bagiku melupakanmu
butuh waktuku seumur hidup
satu jam saja ku telah bisa
sayangi kamu di hatiku
namun bagiku melupakanmu
butuh waktuku seumur hidup

SEKIAN ;)

Sunday, May 8, 2011

I Love My Mom


Selamat Hari Ibu kepada semua yg bergelar Ibu..
Selamat Hari Ibu jgk tuk emak yg tercinta.
I LOVE U MOM..FOREVER..
IBU KU ADALAH DUNIA AKHIRAT KU..

Semalam merupakan Hari Ibu dan dikesempatan ni, nk mengucapkan selamat hari ibu kpd wanita2 yg sudah bergelar ibu..8 Mei 2011 merupakan hari yg plg sedih sbb dah wat mak menangis, ni semua gara2 sikap ak yg sentiasa degil n x dgr kata..
"maafkan adik mak, xde niat pun nak sakitkan hati mak, adik syg mak sgt2"..
But pada tarikh 9 Mei 2011, ak dgn adik beradik ku yg ln plan tuk celebrate hari ibu..ni la 1st time ktorg sambut hari ibu, sblm ni just wish jer..mak mmg terperanjat la sbb tiba2 je dpt cake..
mak ckp "hari ni bkn besday mak pun" 
bila tgk tulisan kt kek tu, terus dia terharu..wahhhh best sgt sbb dpt kembalikan balik keceriaan pada mak kesanyangan ku!! 
dikesempatan tu jgk ak mintak maaf atas segala kesalahan yg dah ak bt selama ini.
thanks mom sbb lahirkan anak mak ni ke dunia, 
thanks mom sbb menjaga dan memberi sepenuh kasih syg pada diri ni,
jasa mu tidak dapat ku balas, hanya Allah yg dpt membalas jasa mu,
but ak akn memberikan kebahagiaan dan menjaga mu sehingga akhir hayat ku, 
~ i love u mom ~

ni la cake yg kami beli tuk mak


Tuesday, May 3, 2011

Impian ku ;p

Impian ak ape ekk
urmmm nk kawen?? ish masih lom bersedia lg..calon pun xde lg..camne nk kawen
nk g honeymoon?? owk tidakkkk..masih belom kawen lg..haha

impian ku hanya satu..
inginkan kebahagiaan 
bahagia bersama Keluarga Tercinta ! 
(ak thu korg pun sama kn kn kn ;p)

actually ak teringin nk beli brg2 yg dah lama ak impikan
dari study sampai dah keje pun masih blom berpeluang nk miliki..
dah 2 thn keje pun masih lom blh beli lg..bnyk btul hutang nk kena byr, ni yg ssh klu asyik berhutang je..x leh ke klu bg free je?hahaha 
So mulai skrg, ak kena ada tabung la, beli tabung botol susu (besar ckit...haha), hari2 masukkn duit,
akan ku pesan pada diri ni
"yati pasni hari2 kena menabung, jgn nk membazir je"

Tadaaaa, ni la brg2 yg ak nk beli 





 Walaupun x mahal bg korg tp bg ak yg mmg x pnh nk ckup duit ni terasa mahalnya..asal sampai shop je msti x jd nk beli sbb rasa syg lak duit sbb duit tu ak nk gna tuk benda ln, so tuk beli brg2 branded ni kena tggu dlu...hehehe
but one day, klu ada org yg nk hadiahkan ak brg2 ni, perghhh ak bersyukur sgt2..
akn ku syg dia selamanya..hahaha


ak dah lama berangan nk g bercuti kt Pulau Perhentian..tempat ni cantik sgt, lbh2 pantai dia, air sgt2 jernih sampai leh nmpk ke dlm dasar laut..
harap2 la ada org leh bwk ak g bercuti kt sana nti..hehe..so agak2 sape nk bawak tu, jgn lupa bgthu ak cpt2 k..dgn pantas ak setuju!..hahahaha

K tu je kot nk story pasal impian ak ni..
but klu ada rezeki lebih, ak nk kumpul duit bwk family ak g mengerjakan umrah & haji...
insyaallah