Jangan hadir dalam hidup seseorang kalau ia hanya akan menghancurkan perasaannya
Jangan menatap matanya jika semua yang kamu lakukan hanya kepalsuan belaka
Perkara yang paling kejam kamu lakukan adalah jika membiarkan seseorang jatuh cinta sedangkan kamu tidak mencintainya
Suatu hari, seseorang yang sedang putus cinta sedang menangis di taman, datang seorang ahli falsafah bertanya kepadanya "kenapa kamu menangis ? "
"Aku sangat sedih, kenapa dia tinggalkan aku"
Lalu ahli falsafah itu ketawa sambil berkata "kamu ini sangat bodoh!"
Lalu orang itu menjawab, "kenapa berkata begitu? aku sedang putus cinta dan sudah cukup menyedihkan, tak apalah kamu tidak mahu memujuk tetapi jangan la mentertawakanku".
"Bodoh, kamu tidak perlu sedih, kerana seharusnya sedih adalah dia" Kata ahli falsafah
"Kenapa pula dia harus bersedih, sedangkan dia yang meninggalkan ku? "
"Kamu hanya kehilanggan orang yang TIDAK mencintai kamu, tetapi dia telah kehilangan orang yang SANGAT mencintainya," jawab ahli falsafah itu.
Jangan tertarik kepada seseorang kerana parasnya sebab keelokan paras akan menyesatkan. Jangan pula tertarik dengan kekayaannya kerana kekayaan dapat memusnahkan. Tertariklah seseorang yang dapat membuatmu tersenyum. Hanya senyuman yang dapat membuat hari-harimu yang gelap menjadi cerah...





