Followers

Monday, September 12, 2011

My Bufday

yeahhhh akhirnya sampai juga tarikh keramat 10/09/2011 .. tarikh ni merupakan hari jadi ku yg ke ?? (hahaha umur dirahsiakan) . Thanks sangat2 pada si dia sbb celebrate my bufday and belanja kat T.G.I Fridays. Ni la bufday paling bermakna sbb terpaksa memalukan diri di hadapan orang ramai, mana taknya pas selesai makan je, pekerja2 TGI Fridays dtg kat meja ktorang bgthu "surprise", plik plak pe benda yg surprise nyerr, upanya diorang nak mengenakan bufday girl ni, disuruh berdiri atas kerusi and nyanyi satu lagu..malunya mmg tak boleh nak cakap la, pergghhhhh ramai gile yang tgk aku berdiri atas kerusi, dah macam artis plak (wahhh betul2 cam DIVA..hahaha) ... paling tak tahan bila diorang suruh wish and paksa kiss dia depan2 orang ramai, nak taknak terpaksa gak la kiss kt pipi dia (mahu tapi malu..ngeee).. yg dia ni plak, tak habis2 gelakkan aku, dah tu siap wat video record lagi! ( tunggulah giliran anda next year nti ) last sekali bila dah habis kena denda, pekerja2 kt situ nyanyikan lagu untuk bufday girl ni..waaahhhhh sonok2, rasa mcm princess plak..hahaha..then diorang bagi desert yg sgt comel ... tq semua sbb susah2 je wat benda ni semua ... thn depan tggula kedatangan DIVA ni lagi, mana tahu pasni kena berdiri atas meja plak ker .. hahaha

sampai bila2  takkan lupa kenangan kena berdiri atas kerusi ni, time sekolah dulu tak penah rasa kena berdiri atas kerusi, hah bila dah keje dah tua bangka baru merasai bagaimana perasaan orang kena berdiri atas kerusi, maluuuuuuu.. hahaha..

balik dari celebrate my bufday, paling teruk bila kena tahan dengan polis plak sbb cakap dalam telefon sambil drive..aii memang nasib la nak kena hari tu jugak..tapi atas budi bicara dan menggunakan skill kelembutan dari DIVA ni, akhirnya makhluk tuhan ni lepaskan aku dengan memberi nasihat "pasni jgn buat lagi"...tapi bukan free2 dia bg lepaskan, sebagai balasan kenalah bg no tel, siap kena interview plak tanya macam2..adoiii ni la polis gatai namanya ... takpelah dari kena buang duit RM300 bayar saman, bg je la no tel kat dia, nasib la hensem, cair sebentar ketika itu .. haha

to him :
thanks sgt2 sbb celebrate my bufday, mmg tak sangka akan kena camni, terharu sangat, kalau boleh sy nak plok je awak time tu (hihihi gatai plak)..sy hargai sangat segala yang awak wat tuk saya. I love u so much..saya harap perhubungan ni kekal selamanya ..

 Bufday Girl 

 Ni la desert cake dari TGI Fridays "so sweet"

 Celebration with him 

 with him azahary

haha ni la satu gambar yg plg memalukan, kena berdiri atas kerusi 

No comments:

Post a Comment